Daisypath Wedding Ticker

Thursday, July 16, 2009

Wednesday, July 15, 2009

saya suka ini!!!

melawat kodiang~

em..sedapnya yam makan buah rambutan tue..
wah2..bsemangatnya cik khalida kita bermain fesbuk!

haliza merenung masa depan..=)

salam alaik..
hanya gambar2 ini sahaja berjaya ditangkap kerna semua x menunjukkan keminatan yg terlampau terhadap camera..

pertemuan yg dirancang hanya sehari sebelum tarikh post ini dibuat, berjaya direalisasikan!..cayalah..

nanti kalau nak wat kenduri ka, senang la nak meh. da tau umah..hehe

tima kaceh ya sudi jejakkan kaki ke tanah kodiang nih, tlupa pulak sy nak kata tadi, datang lagi bila2 n sy sayang kamu smua!!..hehe..malu sebenaqnya..wakaka
*************************************************************************************************************************************

em, kita smua bukan lagi di sekolah, bsama melakukan semua..
stadi sm2,,mkn sm2,,gi surau sm2,,riadah sm2,,jogin sm2..smua sm2,,:)

slpas abis skolah, sememangnya kita tak lagi bersama..
n yg nyata, kehidupan selepas skolah lebih bebas, n lebih mencabar..
kita terpisah kerna mengejar cita, moga usaha kita mengejar cita ini diberkati Allah, dimudahkan n sama2 kita ingat cita2 kita yg lebih utama ialah mengejar keredhaan Allah(MARDHATILLAH)..

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas

Tuesday, July 14, 2009

pengaruh..


salam..

hehe..terpengaruh dengan novel 5tahun 5bulan yg diulang baca untuk kali ke berapa ntah sempena cuti nih, sy taip kan quizilla di ruangan google search..sy gerakkan tikus ini memilih tajuk kuiz yg saya rasa berkenan..HOW OPEN R U??..

How Open Are You
Riiiight here in the middle.

You have a line between telling people too much, and not enough. You tell people who you trust things that are important to you, and dont like people who you dont trust know your deepest, darkest secrets.

***********************************************************************************

bukan keputusan kuiz yg ini sy katakan disini, walau sy akui keputusan kuiz ni sdikit tepat dengan diri saya.=)

cumanya, shingga kini sy masih belum dapat lupakan emel dari jemari seni yang sy baca tengahari tadi, mempromosikan sbuah novel baru, dari seorang penulis baru..

sedikit isi emel...

Baiklah, hari ini Kak Nila terasa macam sakit tekak dan Kak Nila hendak biarkan buku baharu ini yang berbicara... penulis yang ceritanya ala-ala Ayat-Ayat Cinta, tetapi tentu sahaja memiliki gayanya yang tersendiri, tidak seharusnya adik-adik ‘ingkar’ untuk membeli J. Karyanya terselit sebegitu banyak tazkirah. Xarine tidak begitu banyak menggunakan maksud tersurat dan falsafah berbanding penulis lelaki lain di Jemari Seni Publishing; jadi ini tentu sahaja akan memudahkan adik-adik memahaminya. Kalau tanya pendapat Kak Nila, terus terang suka bahasanya yang indah dan mempesonakan.



Tajuk : Bintang-Bintang Ke Syurga
Pengarang : Xarine
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-22-7
Mukasurat :

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *

moga sempat sy miliki novel ini...

Friday, July 10, 2009

Assalamualaikum sahabatku... Nak mintak tolong sikit boleh tak?


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
usah diluka hati dan perasaan mereka


Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan


Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan


Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan


Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan


Tolong ye ingatkan aku...
Terima kasih wassalam..=)

Saturday, July 4, 2009

KESABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN





"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar ".

(Al-Baqarah : Ayat 153)








Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;



1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya