Daisypath Wedding Ticker

Saturday, April 10, 2010

Anna adaLah seorang anak yg baik. Ibu bapanya amat menyayangi dia. Dia ditatang bagai minyak yg penuh. Kasih sayang yg tak terhingga diberikan kepadanya dari kedua ibu bapanya, bahkan dari saudara mara Anna yg terdekat atas sikap dia yg pandai mengambi hati dan amat bersopan santun dalam pergaulan dan kelakuan. Bg Anna, berjauhan dengan keluarga adalah perkara yg amat ingin dielakkan.

Ditakdirkan, selepas tamat dan berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang yg dia cita2kan dari kecil iaitu ijazah kedoktoran dari sebuah unversiti terkenal di Malaysia- University of Malaya, dia di arah berkhidmat di seberang laut, iaitu di negeri Sabah.

Bg Anna perkara ini berat untuk diterima, bukan kerana enggan berbakti, tapi berat untuk Anna berjauhan dengan ibu bapa dan saudara2nya kerana sejak kecil dia berada di samping mereka tanpa sekalipun berjauhan dalam tempoh masa yg panjang apatah lagi dipisahkan permukaan fizikal alam- lautan yg luas .

Tapi, atas nasihat sahabat baiknya yg pernah belajar di luar Negara, dia cuba merelakan hatinya utk ke Sabah mencari pengalaman.

Di Sabah, salah satu cara utk Anna berhubung dengan keluarganya hanyalah melalui surat kerana kosnya yg rendah. Jika menggunakan telefon awam yg disediakan di pekan terdekat bermaksud Anna perlu menyediakan sekarung dt syiling.=)

Hari2 dan Bln2 pertama dia berada di Sabah adalah ujian yg besar daam hidupnya. Manakan tidak, saban waktu keluarga dirinduinya. Kadang2 bagai ingin terbang bagai burung, kadang dia bagai ingin berenang bersama ikan utk pulang ke semenanjung n terus berada di pangkuan keluarga.

Anna yg periang berubah menjadi murung dan mudah tersentuh. Dia berasa sepi dan asyik mengenangkan kg halaman dan teman2nya. Terasa lemah setiap langkahnya untuk berjuang. Dia sepi.

Seorang rakan sekerja-Altafunnisa yg perihatin dapat melihat perubahan Anna. Anna didekatinya, dia tahu Anna seorang yg menerima nasihat dan boleh berubah jika kena caranya.

Suatu hari Altafunnisa mengajak Anna minum petang di kantin hospital. Kebetulan Anna tidak berpuasa sunat hari itu, Anna pun menerima ajakan Altafunnisa dengan hati terbuka. Altafunnisa membuka bicara dengan tenang. Dia berterus terang atas niatnya yg ingin membantu Anna keluar dari masalahnya walau dia sendiri buntu kerana hal ini berkenaan dengan hati dan perasaan.

Altafunnisa stret to the point sahaja.. Dia tahu kawan baik yg baru dia kenalinya di Sabah ini seorang yg lembut hatinya. Altafunnisa tak ingin sahabatnya terus hanyut dalam melayan perasaannya. Perjuangan utk meningkatkan taraf kesihatan org ramai di kawasan Sabah harus mereka teruskan utk mencari redha Ilahi. Masa muda yg mereka lalui hanya sekali, jadi harus mereka gunakan agar tak bersedih di esok hari(hari mendatang).Altafunnisa menenangkan Anna dgn mengatakan ketenangan ada di mana2, hanya peru dicari, bahagia itu tersirat di hati, Anna hanya harus hayati rasa bahagia itu.

Pulang dari pertemuan itu, Anna berfikir panjang. Syukur dia dikirimkan Allah sahabat yg memahami walau dia tidak berbicara. Tahulah dia kasih sayang Allah itu luas. Anna sedikit tenang selepas teresak-esak menangis di bahu sahabatnya itu.

Tsunami kesepian dan kesedihan yg melanda Anna sedikit2 berlalu. Dia kembali mengejar mimpinya.

Hari2nya, dia semakin ceria. Hasil berjimat cermat, Anna berjaya membeli sebuah telefon bimbit. Dan kini dia tidak sepi lagi kerana dia tahu, bila rindunya muncul, dia akan terus menelefon ibu bapanya. Altafunnisa yg mempunyai talian internet di rumahnya sering menawarkan pada Anna untuk ber’webcam’ dgn ibunya di kg. Anna bahagia~


Friday, April 2, 2010

apabila smua jalan trasa buntu, maka fikirkanlah janji yg ada dalam surah al-insyirah..

Suatu urusan menghimpitku membuatku cemas dan gelisah berlarut-larutan. Aku terus berfikir mncari jln penyelesaian dari kecelaruan itu dgn bbagai cara dan usaha.
tapi aku tak menemukan satu pun penyelesaian utk kluar darinya, hgga ada sbuah ayat yg menawarkan kpdku, ayat itu adalah..

...Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.(surah ath-thalaaq, 65:2)


stlah itu aku sedar bhwa ketaqwaan adalah jalan kluar dari kebingungan. itu sbbnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, maka aku pun menemukan jalan keluarnya..
ibnu Al-Jauzi

taqwa menurut org2 yg beraqal merupakan penyebab segala kebaikan. tidaklah skali-kali trjadi seksaan, melainkan kerana dosa ; dan tidaklah sekali-kali seksaan dihilangkan, melainkan kerana taubat.
Kekeruhan, kesedihan dan kesengsaraan, tiada lain merupakan balasan dari pelbagai perbuatan yg telah kulakukan, seperti sambil lewa dalam mengerjakan solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab, atau melakukan hal yg diharamkan..

Sesungguhnya, org2 yg menentang jalan Allah mesti mesti membayar harga penentangan itu dan menutupi nota kealpaan dengan melakukan ketaatan. Yg menciptakan kebahagiaan itu adalah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana anda memohon kebahagiaan dari selain Allah? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka di bumi ini tidak akan tersisa lagi org2 sedih dan sengsara.

petikan dari buku jgn bersedih jadilah WANITA YG PLG BAHAGIA~

~pintalah kebahagian dari pencipta Kebahagiaan~




teruskan tersengih~(hehe, tersenyum cukup!)
Selamat hari lahir awa~

jauhkan pemikiranmu dari keputusasaan
dan Lupakanlah keberadaannya. Pusatkan perhatianmu
pada kesuksesan, sehingga pada keadaan yg demikian, anda tidak
mungkin berasa gusar~