Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, March 23, 2011

jakarta~

jagonya ayam!

Catatan Perjalanan Jakarta.(1-4feb)

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, ku bersyukur kepada Allah kerana telah member peluang pada diri ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Jakarta itu..

Sungguh, perjalanan ini mmg dimudahkan olehNya. Dan ku bermohon sungguh2 agar dapat kutemui hikmah dalam kembara Jakarta ini.


Tak pernah ku sangka kewujudan sebuah Rumah Islam(RI)..sungguh, ia adalah begitu ideal dalam fikirankanku..dengan berbekalkan ikatan akidah, berbelas-belas orang tinggal dalam satu rumah, berbagi rasa, mengikat janji setia, bersatu untuk menegakkan agama Allah..sungguh yg terbayang, setakat 5-6 org mungkin tak menjadi halangan, tapi bila sampai 19 org..subhanallah.


Di rumah itu, segalanya indah bagiku, mungkin kerana disini aku melihat indahnya ukhwah itu. Ukhwah yang terhasil hasil usaha tulus untuk mendekatkan diri pada Pencipta.


Walau masing-masing antara mereka sibuk dalam mengejar cita, tapi, tetamu disambut ramah, segalanya berjemaah.
Makanya, aku yang makin jauh dari tarbiyah ini, merasa bagai ditarik-tarik ke jalan itu.
rindu oh rindu.


Niatnya ke Jakarta, mahu melihat kehidupan sahabat2 disana. Mungkin ada yg boleh dipelajari dan mungkin dapat mendalami dengan lebih mendalam erti hidup sebenar. Konsep kali ni, redah sahaja…


Ketibaan di sambut ramah.


Mungkin satu kelemahan diri, kurang pandai menyesuaikan diri dengan insan yg baru dikenali ditambah lagi yg lebih berusia;). ( 1st batch kat sbpikp ). Makanya, sy memilih berdiam diri dan memerhati(kalau x ttido;)).


Tak dapat dinafikan, rasa sebak di hati saat mendengar pengisian dari kak sofi. Bukan tafsir ayat 122-124 surah al-baqarah yg disebakkan. Yang dikenang saat itu adalah masa2 di Kolej Teknologi Timur dulu. Saat2 bersama sahabat2 mendengar pengisian dari seorang akak yg tabah membonceng motor di malam hari bertemu kami.


Kembara di Jakarta- bersama akak2 dari Mlysia-kak ain, kak sofi, kak lah, along,kak ummu, akak2 dari hanan, akak2 dari zilal..

Ke CP-central park

Ke Ce el -CitraLand

Ziarah di malam hari ke zilal

Ke pasar

Ke Tanah Abang

Menaiki busway

Ke baitul quro

Ke toko buku

…sekali lagi diri ini berasa bagai berada dalam sebuah keluarga…




Sunday, March 6, 2011

salam alaik...

alhamdulillah, dah hampir 2 mggu kembali ke kolar semula..rasa lebih segar utk hidup kat bumi india ni, ni kira dah dapat adapt kot kan? setaun setengah ambil masa nak adapt!lama betul...

ehe, maybe tu yg susah skit nak mesra dengan org yg baru jumpa...muka ketat ja, x pun senyum2 malu..
kalau dah lama kenal, baru bleh mesra..aisy2, x best la camni kan...bukan boleh jumpa lama2 pun, masa dah terhad, dah makin besar katakan

***************************

dah membesar ni, jarang dah dapat kumpul smua adik beradek..
rndu2..
balik mesia aritu sempat kumpul tak sehari ja kot..huhu