Daisypath Wedding Ticker
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

jakarta~

jagonya ayam!

Catatan Perjalanan Jakarta.(1-4feb)

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, ku bersyukur kepada Allah kerana telah member peluang pada diri ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Jakarta itu..

Sungguh, perjalanan ini mmg dimudahkan olehNya. Dan ku bermohon sungguh2 agar dapat kutemui hikmah dalam kembara Jakarta ini.


Tak pernah ku sangka kewujudan sebuah Rumah Islam(RI)..sungguh, ia adalah begitu ideal dalam fikirankanku..dengan berbekalkan ikatan akidah, berbelas-belas orang tinggal dalam satu rumah, berbagi rasa, mengikat janji setia, bersatu untuk menegakkan agama Allah..sungguh yg terbayang, setakat 5-6 org mungkin tak menjadi halangan, tapi bila sampai 19 org..subhanallah.


Di rumah itu, segalanya indah bagiku, mungkin kerana disini aku melihat indahnya ukhwah itu. Ukhwah yang terhasil hasil usaha tulus untuk mendekatkan diri pada Pencipta.


Walau masing-masing antara mereka sibuk dalam mengejar cita, tapi, tetamu disambut ramah, segalanya berjemaah.
Makanya, aku yang makin jauh dari tarbiyah ini, merasa bagai ditarik-tarik ke jalan itu.
rindu oh rindu.


Niatnya ke Jakarta, mahu melihat kehidupan sahabat2 disana. Mungkin ada yg boleh dipelajari dan mungkin dapat mendalami dengan lebih mendalam erti hidup sebenar. Konsep kali ni, redah sahaja…


Ketibaan di sambut ramah.


Mungkin satu kelemahan diri, kurang pandai menyesuaikan diri dengan insan yg baru dikenali ditambah lagi yg lebih berusia;). ( 1st batch kat sbpikp ). Makanya, sy memilih berdiam diri dan memerhati(kalau x ttido;)).


Tak dapat dinafikan, rasa sebak di hati saat mendengar pengisian dari kak sofi. Bukan tafsir ayat 122-124 surah al-baqarah yg disebakkan. Yang dikenang saat itu adalah masa2 di Kolej Teknologi Timur dulu. Saat2 bersama sahabat2 mendengar pengisian dari seorang akak yg tabah membonceng motor di malam hari bertemu kami.


Kembara di Jakarta- bersama akak2 dari Mlysia-kak ain, kak sofi, kak lah, along,kak ummu, akak2 dari hanan, akak2 dari zilal..

Ke CP-central park

Ke Ce el -CitraLand

Ziarah di malam hari ke zilal

Ke pasar

Ke Tanah Abang

Menaiki busway

Ke baitul quro

Ke toko buku

…sekali lagi diri ini berasa bagai berada dalam sebuah keluarga…




Sunday, March 6, 2011

salam alaik...

alhamdulillah, dah hampir 2 mggu kembali ke kolar semula..rasa lebih segar utk hidup kat bumi india ni, ni kira dah dapat adapt kot kan? setaun setengah ambil masa nak adapt!lama betul...

ehe, maybe tu yg susah skit nak mesra dengan org yg baru jumpa...muka ketat ja, x pun senyum2 malu..
kalau dah lama kenal, baru bleh mesra..aisy2, x best la camni kan...bukan boleh jumpa lama2 pun, masa dah terhad, dah makin besar katakan

***************************

dah membesar ni, jarang dah dapat kumpul smua adik beradek..
rndu2..
balik mesia aritu sempat kumpul tak sehari ja kot..huhu



Sunday, November 14, 2010

mati segan, hidup tak mahu...


Alhamdulillah3..
akhirnya dapat jugak internet connection, btul kata org tua2, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya~
anak kecil zaman moden tiba2 bertanya,"apa tu ruyung?. sagu tu apa?", jawabnya--"sila google"..;-P
heh, zaman ni, smua men google ja, sungguh berteknologi!
tapi, kalau dah takda internet connection, mana mau googlenya?..

tiada apa mahu dikabarkan, kehidupan harian berlalu dengan penuh pertanyaan demi pertanyaan pada diri sendiri...lalu satu frasa kata muncul bagai lampu mentol menyala tiba2 di atas kepala>follow da flow~..
iringi langkahku dengan redhaMu ya Allah, moga flow yang di follow adalah flow yg diredhai-MU..

sekitar percutiaan di ooty,
Subhanallah, indahnya alam ciptaan Allah,
tugasnya manusia utk memelihara,
agar terus segar dan indah di pandangan mata~





=)
sakit rumah.rumah manis rumah.


Thursday, September 2, 2010

langkahku!

dalam merentas waktu,
usai mengenal erti pengorbanan emak dan ayah di waktu appendicitis menyerang, aku terus berlari, berlari dan berlari mengejar yg terbaik dalam hidupku..
dalam larianku, kekadang ku perlahankan langkah, kadang langkahku dilajukan, begitulah jalanku..
Alhamdulillah dimudahkan segala..
bila nikmatNya melimpah, aku seakan lupa, larianku makin tidak kuperhati, tanpa waspadaku, tetiba aku terhantuk..maka pengsanlaah aku disitu, lama juga tidak kusedarkan diriku dalam pengsanku itu..adakah aku sengaja berbuat begitu??
mahu tggu apa kamu utk bgn dari pengsanmu itu?
bangun2!..sedarlah, masih banyak nikmat Allah diberikan untukmu!

Saturday, August 14, 2010

pada pukulan pertama-bersabarlah~

Kami belajar daripada ujian,
kami belajar daripada pengalaman,
kami belajar untuk yakin pada janji Tuhan,
kami belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang,
kami belajar dari segalanya, yg kembali mmbawa kami kepada Dia tak kira belok ke selatan atau utara sekalipun,
Moga dijauhkan kami daripada menjadi org yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah ya Allah.
Moga kami menjadi hambaMu yg bersyukur, yg mengingatiMu di waktu susah dan senang.Amin.


Dalam hati setiap wanita yg bergelar Muslim itu sepatutnya mmg tidak berbelah bahagi diserahkan kepada Dia,
Tiada berbelah bahagi utk mengatakan yg Dia adalah segalanya, lebih daripada yg lain.
Pada Dia diletakkan harapan.
Pada Dia diletakkan ketakutan.
Pada Dia diletakkan kepercayaan.
Pada Dia dipohon pertolongan.
dan pada Dia dipintakan kasih sayang.


Friday, May 14, 2010

terus melangkah~



untuk sahabat2 di bumi india
jom terus melangkah ke hadapan.. moga kejayaan milik smua~
Dalam hati ada taman..tutup taman buka buku..=)






nota kaki utk sahabat yg jauh di bumi canada :

tahniah atas kejayaanmu. moga langkahmu terus maju~..

Sunday, February 28, 2010

abis akhirnya..

Alhamdulillah exam hampir abis akhirnya..

Masa exam ja, pelbagai rasa muncul, insaf, rasa sdg diuji, membuat diri makin didekatkan dengan tuhan..

Kadang2 rasa exam nih sronok- bila masa diisi sepenuhnya, jadual2 yg dibuat cuba diikuti teliti..redha Allah cuba dicari setiap masa..moga ianya berterusan.

Tapi exam nih juga buat diri makin jauh dengan dunia luar..tanggungjawab terabai..rasanya byk kali ajakan melalui sms ke perjumpaan bsama pelajar muslim tempatan dibiar sepi..utk menafikan rasa bahagia bila bertemu mereka adalah satu pembohongan..di sini tiada subjek pendidikan islam diajar di sekolah, dapat dirasa mereka benar2 mencari Islam..moga dimudahkan jalan mereka.

Subjek perubatan bukanlah untuk pelajar genius n bijak..bidang ini hanya untuk mereka yg berminat, n bekerja keras..itu penelitian saya..tapi adakah sy berminat n bekerja keras selama 7-8bulan disini??..tepuk dada Tanya diri..jawapannya TIDAk!..

Tapi percaya atau tak, tiada istilah terlambat untuk segalanya..

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu sendiri tak berusaha mengubahnya ..

Allah itu dekat, lebih dekat dari urat nadi kita sendiri..

Mulai saat ini, pendekkan angan, dekat diri dgn tuhan, buangkan jauh2 segala kesedihan lalu beserta segala kepedihannya..moga dikukuhkan langkah yg tercipta ini ya Allah..

Thursday, December 24, 2009

gagal..


kegagalan itu lumrah kehidupan..
berusaha utk tidah gagal lagi adalah satu kemestian.

sabar. satu2nya cara menghadapi kegagalan.

Allah befirman : “Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka.” (Al-Kahfi : 28).

Islam mengajar umatnya untuk bersabar ketika saat pertama menerima kegagalan

Dan berdasarkan hadis Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan (dalam riwayat lain menangisi anaknya yang meninggal) Maka baginda berkata kepada wanita itu : "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."

Maka wanita itu berkata : "Engkau tidak merasakan apa yang kurasakan, karena engkau tidak mengalami musibah seperti musibahku".

Anas berkata : "Wanita itu tidak mengetahui bahwa yang menegurnya adalah Nabi". Lalu dikatakan kepadanya. "Yang menegurmu adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam". Maka seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu di sisinya. Wanita itu berkata : "Wahai Rasulullah tadi aku tidak mengenalimu". Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda : "Sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama. " (Hadis Riwayat Muslim)

Sabar itu bukanlah selepas kita puas mengamuk, mencaci dan mencarut lalu tersedar dan segera mengurut dada lalu berkata : “Aku bersabar.”

Juga bukanlah sabar itu setelah kita puas menangisi kesedihan, meratap sayu dan mendendangkan lagu di hati dengan suara-suara pilu, keluh kesah, kesalan, kesedihan yang menyayat hati serta perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat lalu kemudian setelah puas menangis dan letih dengan apa yang dilakukan maka barulah kita pun berkata : “Sekarang aku akan bersabar.”

Bukan begitu, tetapi sabar itu ialah sewaktu awal-awal terkena pukulan ujian itu dan mampu menerimanya dengan redha.

Hadis Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : " Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1)


************************
kejayaan dengan usaha satu kepuasan,
kejayaan tanpa usaha satu keajaiban,
kegagalan tanpa usaha satu kepastian,
kegagalan dengan usaha satu suratan..



budak lelaki tuh adalah anak bongsu dalam keluarga ini..


sememangnya, dia seorang yg mengada..hehe


Alhamdulillah, bjya bliau dalam pmr..tahniah deh!


moga lpas ni aktiviti bergosip dikurangkan..


teruskan usaha walau di mana berada..

kejayaan bukan hanya terletak pada angka2 itu,.mu pahe ke(maksudnya mu paham kan dek?)..=)

>bakpo smua gambo family ada disini..nampaknya, kerinduan sudah melebihi tahap sederhana,,hehe..muncullah cuti..