Daisypath Wedding Ticker

Tuesday, April 28, 2009

semusim telah berlalu...

Sebulan sudah menjalani kursus intensif india(KI) di ktt(kolej teknologi timur)…

Hari2 yang dilalui menambah pengalaman berharga dalam diri..andai dapat diungkapkan nikmat aku yang diterima, tak terungkap rasanya..saat aku melontarkan diri ke dalam bus sehari sebelum hari pendaftaran, kupahatkan dalam hati pesan ayah, belajar sungguh-sungguh, walau apapun yang kita belajar, buatlah yang terbaik. Teringat saat dihantar kali pertama ke ktt dulu, ayah belikan majalah asuh bertajuk hijrah menuntut ilmu..maka kala diri dihanyut memori lalu itu, aku tanamkan niat perjalananku itu untuk menuntut ilmu. Sememang saat itu, yang terbayang olehku hanyalah sahabat2 yang tanpa jemu berkongsi ilmu..terbayang juga suasana surau yang bisa memberi ketenangan saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah Allah itu. Dan sememangnya mulut ini becok berbicara perihal cuti 4 bulan kepada sahabat disisi, seorang muallaf yg menerima hidayahNya.

Memulakan hidup di ktt sememangnya dinanti-nantikan setelah diri ini diuji dengan kehilangan yang melumpuhkan semangat hidup. Rasanya hingga kini, saat diri dirundung sepi, acap kali episod perpisahan itu bagai tertayang kembali. Bagaikan masih terdengar suara itu merintih sakit, memanggil-manggil diri ini. Namun, Allah itu Maha Mengetahui, seringkali saat diri ini merasai kesepian itu, ada saja aktiviti yang memanggil, telatah teman2 juga byk menghiburkan hati, bagai menarik diri ini yang hampir tenggelam dalam perigi yang dalam lagi gelap keluar ke dunia yang penuh warna.Alhamdulillah.

"Hai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan (Adam dan Hawa) dan Kami telah jadikan pula kamu beberapa bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling takwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." Surah Al-Hujurat,49:13

KI bagi diri ini byk manfaatnya. Pendedahan subjek anatomi dan fisiologi memberi bayangan diri ini mengharungi alam pembelajaran ilmu perubatan nanti. Diberi juga peluang mempelajari 3 bahasa yang sememangnya tiada dalam senarai bahasa yang ingin dipelajari andai diri tak dihantar ke india. Lucu rasa bila membayangkan lecturer2 dari india yang mengajar Hindi language n Kannada language(sejenis kuih, di india, adeh salah2, dialek kat india). Mr Prakash my appa(ayah), Mr shyamu my fren(ayat feymes beliau,” u r ol my fren”), mr shekar our Hindustani hero n mr shreekumar yg pada mulanya digeruni sebagai guru india sejati. Teringat juga Mr siva yang bahasa melayu nya mengkagumkan kami n mis rajeswari yang tak pernah lekang senyuman dimuka yang ajar tamil language. Makanya huruf2 bahasa2 ini harus juga dilumatkan dengan air dan ditelan masuk..moga ia terus melekat dalam hati.










huruf2 hindi huruf2 kannada huruf2 tamil


Sepanjang Ki yang tak sunyi dari aktiviti2..nah, sedikit gambar2 kubiarkan berbicara..=)
















percaya atau tak, sandcastle nih kitorang yang buat!..

notakaki : moga dikuatkan iman menghadapi ujian yang mendatang...




Saturday, April 25, 2009

Erti Bersahabat





Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Notakaki : Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.