Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, March 23, 2011

jakarta~

jagonya ayam!

Catatan Perjalanan Jakarta.(1-4feb)

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, ku bersyukur kepada Allah kerana telah member peluang pada diri ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Jakarta itu..

Sungguh, perjalanan ini mmg dimudahkan olehNya. Dan ku bermohon sungguh2 agar dapat kutemui hikmah dalam kembara Jakarta ini.


Tak pernah ku sangka kewujudan sebuah Rumah Islam(RI)..sungguh, ia adalah begitu ideal dalam fikirankanku..dengan berbekalkan ikatan akidah, berbelas-belas orang tinggal dalam satu rumah, berbagi rasa, mengikat janji setia, bersatu untuk menegakkan agama Allah..sungguh yg terbayang, setakat 5-6 org mungkin tak menjadi halangan, tapi bila sampai 19 org..subhanallah.


Di rumah itu, segalanya indah bagiku, mungkin kerana disini aku melihat indahnya ukhwah itu. Ukhwah yang terhasil hasil usaha tulus untuk mendekatkan diri pada Pencipta.


Walau masing-masing antara mereka sibuk dalam mengejar cita, tapi, tetamu disambut ramah, segalanya berjemaah.
Makanya, aku yang makin jauh dari tarbiyah ini, merasa bagai ditarik-tarik ke jalan itu.
rindu oh rindu.


Niatnya ke Jakarta, mahu melihat kehidupan sahabat2 disana. Mungkin ada yg boleh dipelajari dan mungkin dapat mendalami dengan lebih mendalam erti hidup sebenar. Konsep kali ni, redah sahaja…


Ketibaan di sambut ramah.


Mungkin satu kelemahan diri, kurang pandai menyesuaikan diri dengan insan yg baru dikenali ditambah lagi yg lebih berusia;). ( 1st batch kat sbpikp ). Makanya, sy memilih berdiam diri dan memerhati(kalau x ttido;)).


Tak dapat dinafikan, rasa sebak di hati saat mendengar pengisian dari kak sofi. Bukan tafsir ayat 122-124 surah al-baqarah yg disebakkan. Yang dikenang saat itu adalah masa2 di Kolej Teknologi Timur dulu. Saat2 bersama sahabat2 mendengar pengisian dari seorang akak yg tabah membonceng motor di malam hari bertemu kami.


Kembara di Jakarta- bersama akak2 dari Mlysia-kak ain, kak sofi, kak lah, along,kak ummu, akak2 dari hanan, akak2 dari zilal..

Ke CP-central park

Ke Ce el -CitraLand

Ziarah di malam hari ke zilal

Ke pasar

Ke Tanah Abang

Menaiki busway

Ke baitul quro

Ke toko buku

…sekali lagi diri ini berasa bagai berada dalam sebuah keluarga…




Sunday, March 6, 2011

salam alaik...

alhamdulillah, dah hampir 2 mggu kembali ke kolar semula..rasa lebih segar utk hidup kat bumi india ni, ni kira dah dapat adapt kot kan? setaun setengah ambil masa nak adapt!lama betul...

ehe, maybe tu yg susah skit nak mesra dengan org yg baru jumpa...muka ketat ja, x pun senyum2 malu..
kalau dah lama kenal, baru bleh mesra..aisy2, x best la camni kan...bukan boleh jumpa lama2 pun, masa dah terhad, dah makin besar katakan

***************************

dah membesar ni, jarang dah dapat kumpul smua adik beradek..
rndu2..
balik mesia aritu sempat kumpul tak sehari ja kot..huhu



Sunday, January 9, 2011

Usaha=berjaya, insyaAllah~

Cadar baru!, semangat baru!.

Catatan kisah semalam...
Malam digantikan siang, itulah tanda kehebatan tuhan..
Malam ini, sedang aku tekun menelaah physiology-special senses, tetiba kedengaran bunyi kendaraan di luar.
Rupanya,mereka yg ke bangalore(bandar yg jaraknya 2jam dari sini) sudah pun pulang.

Menjadi kebiasaan, bilik di ground floor tmpat prtama yg akan dituju utk btemu sahabat yg drndui(kueh2,perasan sungguh),dan mgkin juga utk melepaslan hajat yg tsmpan slma 2jam perjalanan.

Aku menyambut seadanya,bgitulah aku sejak akhir2 ini(sejak kecuakan exam melanda-arap2 'exam' yg pasti tiba itu sntiasa aku ingati agar selalu cuak utk dekat dgn Allah selalu)..

Tiba2 dgn surprisenya, cadar yg didalam gambar di atas dihulurkan padaku..
Oh,sgguh terharu.
Tinggi juga kasih sayang yg ditunjukkan mereka pdku.:-D
Tenkayu pd huda aziz, trah,n fatin.
Wlaupun bkan besdayku, ku dpt cadar baru..
Alhamdulillah.

Mcm srg shbt slalu ckp, i love u, but always rmmber that Allah luv u MORE than i do!

Thursday, January 6, 2011

di petang yg hening ini, angin sepoi2 bahasa bertiup membawa aku ke memori lalu...
betapa, usaha tangga kejayaan kita praktiskan bersama...

dan hari ini, kau buktikan lagi kejayaan itu, hasil usaha gigihmu..
hehe, tahniah skali lagi buatmu sahabat;)--cik khalida
moga langkahmu bertambah panjang dan makin laju...

hueh, doakan aku wes...