Daisypath Wedding Ticker

Friday, September 18, 2009


Sepi Perantau
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers

Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku rasa kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman-teman

Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta kegembiraan
ku Kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati

Monday, September 7, 2009

Sebulan berada di sini( sri devaraj urs university)

Hampir sebulan berada disini, dikirimNya 4 sahabat tajaan mara utk bersama mengharungi perjuangan di bumi hindia ini.

Kelas2 berjalan seperti biasa, dan rasanya program memanjakan diri tidak lagi boleh diamalkan di sini. Sebulan memerhati, memikir, merancang cara terbaik utk diamalkan, rasanya hampir ditemui.. Hanya 1 yg perlu di sini, seat n read!. Dan mohon keberkatanMu ya Allah atas segala usaha yg akan dilakukan.

Berada di tanah yg majority bukan Islam, bermakna perlu sendiri mencari n menghayati indahnya Islam itu. Tiada lagi aktiviti mgguan menunggu datangnya akak dari USiM menberi sedikit pengisian jiwa untuk dihadam(sgguh saat ini, rndu suasana itu). Tiada lagi sengihan kepada sang naqibah tanda mohon di beri tazkirah. Hanya mampu, naik ke atas bumbung di mana indahnya alam sekeliling ciptaan Allah dapat dihayati bersama-sama,sambil dilontarkan puji-pujian kepadaNya. Dan hanya mampu, menonton slide2 n video2 yg menyentuh jiwa agar hati ini tidak terus keras.

Ramadhan menyatukan kami. Iftar(buka posa) bersama senior2 muslim mengingatkan diri, yg muslim itu bersaudara. Nasihat dan ayat2 pujukan dari mereka menenangkan jiwa. Kuih2 india buatan mereka juga rasa enak di rasanya. Tapi Ramadan ini sudah mau pergi. Mahu rasa menahan masa, biar Ramadan terus disini. Belum puas rasanya beramal di bulan Ramadan yg mana digandakan ganjarannya ini. belum puas rasanya menghadapi hari2 tanpa hasutan setan2 yg tak puas2 menghasut itu itu. Jangan pergi Ramadan..

…dah sebulan disini, maksudnya dah byk belajar, n maksudnya akan ada ujian utk mengukuhkan ingatan…
…perlu usaha, U CAN DO IT!!,,ALL DA BEST!!..