Daisypath Wedding Ticker
Showing posts with label untuk sahabat. Show all posts
Showing posts with label untuk sahabat. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

di petang yg hening ini, angin sepoi2 bahasa bertiup membawa aku ke memori lalu...
betapa, usaha tangga kejayaan kita praktiskan bersama...

dan hari ini, kau buktikan lagi kejayaan itu, hasil usaha gigihmu..
hehe, tahniah skali lagi buatmu sahabat;)--cik khalida
moga langkahmu bertambah panjang dan makin laju...

hueh, doakan aku wes...

Friday, May 14, 2010

terus melangkah~



untuk sahabat2 di bumi india
jom terus melangkah ke hadapan.. moga kejayaan milik smua~
Dalam hati ada taman..tutup taman buka buku..=)






nota kaki utk sahabat yg jauh di bumi canada :

tahniah atas kejayaanmu. moga langkahmu terus maju~..

Saturday, April 10, 2010

Anna adaLah seorang anak yg baik. Ibu bapanya amat menyayangi dia. Dia ditatang bagai minyak yg penuh. Kasih sayang yg tak terhingga diberikan kepadanya dari kedua ibu bapanya, bahkan dari saudara mara Anna yg terdekat atas sikap dia yg pandai mengambi hati dan amat bersopan santun dalam pergaulan dan kelakuan. Bg Anna, berjauhan dengan keluarga adalah perkara yg amat ingin dielakkan.

Ditakdirkan, selepas tamat dan berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang yg dia cita2kan dari kecil iaitu ijazah kedoktoran dari sebuah unversiti terkenal di Malaysia- University of Malaya, dia di arah berkhidmat di seberang laut, iaitu di negeri Sabah.

Bg Anna perkara ini berat untuk diterima, bukan kerana enggan berbakti, tapi berat untuk Anna berjauhan dengan ibu bapa dan saudara2nya kerana sejak kecil dia berada di samping mereka tanpa sekalipun berjauhan dalam tempoh masa yg panjang apatah lagi dipisahkan permukaan fizikal alam- lautan yg luas .

Tapi, atas nasihat sahabat baiknya yg pernah belajar di luar Negara, dia cuba merelakan hatinya utk ke Sabah mencari pengalaman.

Di Sabah, salah satu cara utk Anna berhubung dengan keluarganya hanyalah melalui surat kerana kosnya yg rendah. Jika menggunakan telefon awam yg disediakan di pekan terdekat bermaksud Anna perlu menyediakan sekarung dt syiling.=)

Hari2 dan Bln2 pertama dia berada di Sabah adalah ujian yg besar daam hidupnya. Manakan tidak, saban waktu keluarga dirinduinya. Kadang2 bagai ingin terbang bagai burung, kadang dia bagai ingin berenang bersama ikan utk pulang ke semenanjung n terus berada di pangkuan keluarga.

Anna yg periang berubah menjadi murung dan mudah tersentuh. Dia berasa sepi dan asyik mengenangkan kg halaman dan teman2nya. Terasa lemah setiap langkahnya untuk berjuang. Dia sepi.

Seorang rakan sekerja-Altafunnisa yg perihatin dapat melihat perubahan Anna. Anna didekatinya, dia tahu Anna seorang yg menerima nasihat dan boleh berubah jika kena caranya.

Suatu hari Altafunnisa mengajak Anna minum petang di kantin hospital. Kebetulan Anna tidak berpuasa sunat hari itu, Anna pun menerima ajakan Altafunnisa dengan hati terbuka. Altafunnisa membuka bicara dengan tenang. Dia berterus terang atas niatnya yg ingin membantu Anna keluar dari masalahnya walau dia sendiri buntu kerana hal ini berkenaan dengan hati dan perasaan.

Altafunnisa stret to the point sahaja.. Dia tahu kawan baik yg baru dia kenalinya di Sabah ini seorang yg lembut hatinya. Altafunnisa tak ingin sahabatnya terus hanyut dalam melayan perasaannya. Perjuangan utk meningkatkan taraf kesihatan org ramai di kawasan Sabah harus mereka teruskan utk mencari redha Ilahi. Masa muda yg mereka lalui hanya sekali, jadi harus mereka gunakan agar tak bersedih di esok hari(hari mendatang).Altafunnisa menenangkan Anna dgn mengatakan ketenangan ada di mana2, hanya peru dicari, bahagia itu tersirat di hati, Anna hanya harus hayati rasa bahagia itu.

Pulang dari pertemuan itu, Anna berfikir panjang. Syukur dia dikirimkan Allah sahabat yg memahami walau dia tidak berbicara. Tahulah dia kasih sayang Allah itu luas. Anna sedikit tenang selepas teresak-esak menangis di bahu sahabatnya itu.

Tsunami kesepian dan kesedihan yg melanda Anna sedikit2 berlalu. Dia kembali mengejar mimpinya.

Hari2nya, dia semakin ceria. Hasil berjimat cermat, Anna berjaya membeli sebuah telefon bimbit. Dan kini dia tidak sepi lagi kerana dia tahu, bila rindunya muncul, dia akan terus menelefon ibu bapanya. Altafunnisa yg mempunyai talian internet di rumahnya sering menawarkan pada Anna untuk ber’webcam’ dgn ibunya di kg. Anna bahagia~


Monday, November 2, 2009

cuti yg 2 mggu itu..




sebelum bertolak, bergambar ramai2 dgn smua kolar3
perjalan bermula dgn bacaan doa bermusafir

~golden triangle~

terbang menggunakan spicejet

satu perkara yg perlu dicatat di disini, sy suka dan gembira sepanjang kembara berlangsung..

15-20 oct 2009 menyaksikan hamba Allah ini bergerak menyusuri golden triangle(delhi-agra-jaipur)..

jiwa hamba berbisik, saksikanlah kekuasaan Allah..

Delhi

di old delhi(15oct2009)

di jama' mosque, kawasan berwudu' di blkg,.

di new delhi(20 oct 2009)

india gate.

humayum's tomb


di agra (16oct 2009)


bersama ahli kembara di sikandra a.k.a akbar's tomb..

di agra fort..taj mahal kelihatan dari sini..di sini juga, shahjehan dipenjara oleh anaknya..

--sampai sudah ke TAJ MAHAL--(17oct 2009)

pandangan hadapan

pandangan tepi

pandangan jarak dekat.

bsama sweater fbi..

bakat terpendam?

di fatehpur sikr


di jaipur(18oct 2009)

malam di jaipur, berada di roof top hotel(tempat makan kat situ) diri ini dapat menyaksikan keindahan bunga api yg tak henti2 dinyalakan ke dada langit..subhanallah, indahnya malam di jaipur itu..bagai bintang memenuhi dada langit..walaupun sebenarnya malam diwali adalah malam yg paling gelap..(gambarnya tiada kerana bateri camera abis akibat bergambar terlalu byk di taj mahal)

teringat 3 sebab penciptaan bintang:- perhiasan di langit, petunjuk arah, alat pelempar syaitan.

“Dan sungguh, Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan.” (QS. Al Mulk : 5)

Alam dan segala isinya diciptakan dengan hikmah karena diciptakan oleh Dzat yang memiliki sifat Maha Memberi Hikmah dan Maha Mengetahui. Dia Maha Mengetahui apa yang di depan dan di balik ciptaan-Nya. Sehingga mustahil Allah mencipta makhluk dengan main-main. Sebab itu, kewajiban atas makhluk-Nya ialah tunduk dan menerima berita, perintah, dan larangan-Nya.

sebarkanlah agama Allah di seluruh pelosok dunia.

kami bsama mak cik tourist guide..


43:12 ‘’ Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasang dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.’’

43:13 ‘’ Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan, "Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,’’

gambar dari atas gajah=)

adakah ini city palace?.lupa sudah.


episod golden triangle blalu..perjalanan pulang menaiki train 1hari 2malam satu pengalaman baru..

…namun dalam diam, sunyi tarbiyah itu menjelma. mana harus kucari yg satu itu…

*************************************************************************************

~bsama puteri2 putera2 yenepoya university,mangalore~..di bangalore..

30oct, 31OCT, 1nov 2009

Alhamdulillah, ia MUNCUL..Ya Allah ya tuhanku, syukur aku padaMu, segala impianku dipenuhiMu, rahmat kasih sayangMu sungguh meluas. moga diri ini menjadi hambaMu yg bersyukur SELALU.


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

surah Al-Mu'min : 60

Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin.


pertemuan ini,. moga ia bisa menguatkan ukhwah kami, moga ia menjadi penguat semangatku dalam meneruskan perjuangan ini.

bangunan di bangalore

reunion ahli kembara ke melaka,,angin sepoi2 bahasa bertiup,,

di lalbagh botanical garden..huhu teringat botanical garden kat putrajaya.
perjalanan ke wonder-la






di wonder-la..

siapa sangka mereka akan melawat kolar.

bus station kolar!.

single room menjadi penuh.

breakfast beramai-ramai.menu-tosei(amik dari mess hall)

bergambar di sri devaraj urs medical college.

selamat hari lahir sahabat..31oct 2009

sepatutnya smua muka sedeh mau bpisah lagi..

ki1 memegang penanda buka mereka..

tima kasih datang sini!..nnt dtg lagi ya puteri2 desa yenepoya.