Daisypath Wedding Ticker

Saturday, April 10, 2010

Anna adaLah seorang anak yg baik. Ibu bapanya amat menyayangi dia. Dia ditatang bagai minyak yg penuh. Kasih sayang yg tak terhingga diberikan kepadanya dari kedua ibu bapanya, bahkan dari saudara mara Anna yg terdekat atas sikap dia yg pandai mengambi hati dan amat bersopan santun dalam pergaulan dan kelakuan. Bg Anna, berjauhan dengan keluarga adalah perkara yg amat ingin dielakkan.

Ditakdirkan, selepas tamat dan berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang yg dia cita2kan dari kecil iaitu ijazah kedoktoran dari sebuah unversiti terkenal di Malaysia- University of Malaya, dia di arah berkhidmat di seberang laut, iaitu di negeri Sabah.

Bg Anna perkara ini berat untuk diterima, bukan kerana enggan berbakti, tapi berat untuk Anna berjauhan dengan ibu bapa dan saudara2nya kerana sejak kecil dia berada di samping mereka tanpa sekalipun berjauhan dalam tempoh masa yg panjang apatah lagi dipisahkan permukaan fizikal alam- lautan yg luas .

Tapi, atas nasihat sahabat baiknya yg pernah belajar di luar Negara, dia cuba merelakan hatinya utk ke Sabah mencari pengalaman.

Di Sabah, salah satu cara utk Anna berhubung dengan keluarganya hanyalah melalui surat kerana kosnya yg rendah. Jika menggunakan telefon awam yg disediakan di pekan terdekat bermaksud Anna perlu menyediakan sekarung dt syiling.=)

Hari2 dan Bln2 pertama dia berada di Sabah adalah ujian yg besar daam hidupnya. Manakan tidak, saban waktu keluarga dirinduinya. Kadang2 bagai ingin terbang bagai burung, kadang dia bagai ingin berenang bersama ikan utk pulang ke semenanjung n terus berada di pangkuan keluarga.

Anna yg periang berubah menjadi murung dan mudah tersentuh. Dia berasa sepi dan asyik mengenangkan kg halaman dan teman2nya. Terasa lemah setiap langkahnya untuk berjuang. Dia sepi.

Seorang rakan sekerja-Altafunnisa yg perihatin dapat melihat perubahan Anna. Anna didekatinya, dia tahu Anna seorang yg menerima nasihat dan boleh berubah jika kena caranya.

Suatu hari Altafunnisa mengajak Anna minum petang di kantin hospital. Kebetulan Anna tidak berpuasa sunat hari itu, Anna pun menerima ajakan Altafunnisa dengan hati terbuka. Altafunnisa membuka bicara dengan tenang. Dia berterus terang atas niatnya yg ingin membantu Anna keluar dari masalahnya walau dia sendiri buntu kerana hal ini berkenaan dengan hati dan perasaan.

Altafunnisa stret to the point sahaja.. Dia tahu kawan baik yg baru dia kenalinya di Sabah ini seorang yg lembut hatinya. Altafunnisa tak ingin sahabatnya terus hanyut dalam melayan perasaannya. Perjuangan utk meningkatkan taraf kesihatan org ramai di kawasan Sabah harus mereka teruskan utk mencari redha Ilahi. Masa muda yg mereka lalui hanya sekali, jadi harus mereka gunakan agar tak bersedih di esok hari(hari mendatang).Altafunnisa menenangkan Anna dgn mengatakan ketenangan ada di mana2, hanya peru dicari, bahagia itu tersirat di hati, Anna hanya harus hayati rasa bahagia itu.

Pulang dari pertemuan itu, Anna berfikir panjang. Syukur dia dikirimkan Allah sahabat yg memahami walau dia tidak berbicara. Tahulah dia kasih sayang Allah itu luas. Anna sedikit tenang selepas teresak-esak menangis di bahu sahabatnya itu.

Tsunami kesepian dan kesedihan yg melanda Anna sedikit2 berlalu. Dia kembali mengejar mimpinya.

Hari2nya, dia semakin ceria. Hasil berjimat cermat, Anna berjaya membeli sebuah telefon bimbit. Dan kini dia tidak sepi lagi kerana dia tahu, bila rindunya muncul, dia akan terus menelefon ibu bapanya. Altafunnisa yg mempunyai talian internet di rumahnya sering menawarkan pada Anna untuk ber’webcam’ dgn ibunya di kg. Anna bahagia~


3 comments:

beruang diabetes said...

sepertinya, kesah ini spt kesah saye.
wahaha~ prasan sggh!
ketua huda yg sibuk akher2 ini!
good luck!

fizzi shamsudin said...

wakaka...lawak gler cite huda wat ni,he3..mghiburkan,walaupun x bpe nk logik certain part,he2..besar pengaruh ketika cinta bertasbih nmpak,ha2..:D

huda laa said...

haha..nadten jadi anna ke altafunnisa..
tq~
moga kita berjaya~

hehe..ada part tak logik la pulak~..
ini dikira komen positif la kan..