Daisypath Wedding Ticker

Sunday, February 28, 2010

abis akhirnya..

Alhamdulillah exam hampir abis akhirnya..

Masa exam ja, pelbagai rasa muncul, insaf, rasa sdg diuji, membuat diri makin didekatkan dengan tuhan..

Kadang2 rasa exam nih sronok- bila masa diisi sepenuhnya, jadual2 yg dibuat cuba diikuti teliti..redha Allah cuba dicari setiap masa..moga ianya berterusan.

Tapi exam nih juga buat diri makin jauh dengan dunia luar..tanggungjawab terabai..rasanya byk kali ajakan melalui sms ke perjumpaan bsama pelajar muslim tempatan dibiar sepi..utk menafikan rasa bahagia bila bertemu mereka adalah satu pembohongan..di sini tiada subjek pendidikan islam diajar di sekolah, dapat dirasa mereka benar2 mencari Islam..moga dimudahkan jalan mereka.

Subjek perubatan bukanlah untuk pelajar genius n bijak..bidang ini hanya untuk mereka yg berminat, n bekerja keras..itu penelitian saya..tapi adakah sy berminat n bekerja keras selama 7-8bulan disini??..tepuk dada Tanya diri..jawapannya TIDAk!..

Tapi percaya atau tak, tiada istilah terlambat untuk segalanya..

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu sendiri tak berusaha mengubahnya ..

Allah itu dekat, lebih dekat dari urat nadi kita sendiri..

Mulai saat ini, pendekkan angan, dekat diri dgn tuhan, buangkan jauh2 segala kesedihan lalu beserta segala kepedihannya..moga dikukuhkan langkah yg tercipta ini ya Allah..

1 comment: