Daisypath Wedding Ticker

Friday, February 19, 2010



******
Musim exam ini sebenarnya adalah musim mengutip buah-buah yang sangat ranum dan mudah dicapai, dan hasilnya akan didapati selepas tamat menuai. Pahala mudah sedang ditawarkan kepada kita dengan sebanya-banyaknya, atas kita untuk kutip atau tak. Mahu bukti? The exam is just around the corner. Keputusan exam itu pun telas tertulis sejak azali lagi. Tapi Allah mahu aku bersungguh-sungguh juga. Kenapa?

Inilah maksud Allah ingin bagi pahala mudah untuk kita hambanya. Kita bukan dapat pahala sebab kita berjaya dalam exam. Tak. Bukan macam tu. Kita berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh ni, itulah pahala kita. Doa kita, solat kita, qiam kita, kata-kata baik kita, ukhuwah kita, menjaga amanah kita, itu juga pahala kita. Semuanya disertai dengan pahala, kita semua mesti usaha untuk exam kan? Berapa banyak pahala yang tak terhitung yang Kholiq kita tawarkan, hanya kena tambah satu syarat. LILLAHI TAALA. Tu saja. Senang kan?


Bila tertekan, baca al-Quran, baca maksud, tadabbur ayat. Bila bosan-bosan, tasbih, tahmid, takbir, tahlil. Subhanallah, banyaknya pahala yang kita boleh kutip. Jadi lepas ni kalau bosan-bosan study, tambah pahala, jangan rosakkan amalan kita dengan buat perkara yang tidak menambahkan iman langsung.

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari yang tidak berguna.” (al-mukminun 23:1-3)


TAWAKAL. Ini bahagian yang paling penting. Musim exam ini, dengan segala ketakutan, kekalutan, emosi yang tidak tentu arah, maka pergantungan yang terbaik hanyalah padaNya.
Ini adalah buah penting yang SUPER penting untuk kita kutip. Jangan lupakan buah ini, sebab nanti kita sendiri yang bakal menyesal. Kita sangat-sangat perlukan pertolongannya, SANGAT-SANGAT. So mintalah dengan sepenuh hati, dengan beria-ia, dengan yakin bahawa Dia akan beri apa saja yang kita mohon. Angkat kedua tanganmu setinggi mungkin. Ini janji Allah. Siapa yang meminta Allah akan perkenankan. Dan janji Allah itu pasti berlaku. No doubt. Mintalah.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kejayaan, dengan sebab keyakinan kita yang tertinggi padanya. Ayuh angkat tangan kita setinggi-tingginya, mohon kekuatan dan keberkatan dariNya.
Semoga ujian ini menjadikan kita lebih kuat untuk menempuh medan ujian sebenar, demi Islam dan dakwah kita. Moga dipelihara dari fitnah dunia. Amin.
*********

salam alaik..
semestinya perenggan2 bkn asalnya dari cik huda..

Alhamdulillah, peluang pulang ke mlysia muncul jua..sri devaraj nih mmg pemurah dgn cuti..
tp yg sebenar2nya pemurah hanya Allah yg maha pemurah..
diberinya cuti pada cik huda nih, utk pulang ke mlysia, bertemu mak ayah dia, sbb dia tau cik huda nih dah penat merindui mereka dari jauh,.=)
sebelum balik mesia..jom wat yg terbaik~!

1 comment:

khalida^_^ said...

gud luck tuk besok!:)