Daisypath Wedding Ticker

Tuesday, August 4, 2009

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Langkah Tercipta - Unic

Thursday, July 16, 2009

Wednesday, July 15, 2009

saya suka ini!!!

melawat kodiang~

em..sedapnya yam makan buah rambutan tue..
wah2..bsemangatnya cik khalida kita bermain fesbuk!

haliza merenung masa depan..=)

salam alaik..
hanya gambar2 ini sahaja berjaya ditangkap kerna semua x menunjukkan keminatan yg terlampau terhadap camera..

pertemuan yg dirancang hanya sehari sebelum tarikh post ini dibuat, berjaya direalisasikan!..cayalah..

nanti kalau nak wat kenduri ka, senang la nak meh. da tau umah..hehe

tima kaceh ya sudi jejakkan kaki ke tanah kodiang nih, tlupa pulak sy nak kata tadi, datang lagi bila2 n sy sayang kamu smua!!..hehe..malu sebenaqnya..wakaka
*************************************************************************************************************************************

em, kita smua bukan lagi di sekolah, bsama melakukan semua..
stadi sm2,,mkn sm2,,gi surau sm2,,riadah sm2,,jogin sm2..smua sm2,,:)

slpas abis skolah, sememangnya kita tak lagi bersama..
n yg nyata, kehidupan selepas skolah lebih bebas, n lebih mencabar..
kita terpisah kerna mengejar cita, moga usaha kita mengejar cita ini diberkati Allah, dimudahkan n sama2 kita ingat cita2 kita yg lebih utama ialah mengejar keredhaan Allah(MARDHATILLAH)..

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas

Tuesday, July 14, 2009

pengaruh..


salam..

hehe..terpengaruh dengan novel 5tahun 5bulan yg diulang baca untuk kali ke berapa ntah sempena cuti nih, sy taip kan quizilla di ruangan google search..sy gerakkan tikus ini memilih tajuk kuiz yg saya rasa berkenan..HOW OPEN R U??..

How Open Are You
Riiiight here in the middle.

You have a line between telling people too much, and not enough. You tell people who you trust things that are important to you, and dont like people who you dont trust know your deepest, darkest secrets.

***********************************************************************************

bukan keputusan kuiz yg ini sy katakan disini, walau sy akui keputusan kuiz ni sdikit tepat dengan diri saya.=)

cumanya, shingga kini sy masih belum dapat lupakan emel dari jemari seni yang sy baca tengahari tadi, mempromosikan sbuah novel baru, dari seorang penulis baru..

sedikit isi emel...

Baiklah, hari ini Kak Nila terasa macam sakit tekak dan Kak Nila hendak biarkan buku baharu ini yang berbicara... penulis yang ceritanya ala-ala Ayat-Ayat Cinta, tetapi tentu sahaja memiliki gayanya yang tersendiri, tidak seharusnya adik-adik ‘ingkar’ untuk membeli J. Karyanya terselit sebegitu banyak tazkirah. Xarine tidak begitu banyak menggunakan maksud tersurat dan falsafah berbanding penulis lelaki lain di Jemari Seni Publishing; jadi ini tentu sahaja akan memudahkan adik-adik memahaminya. Kalau tanya pendapat Kak Nila, terus terang suka bahasanya yang indah dan mempesonakan.



Tajuk : Bintang-Bintang Ke Syurga
Pengarang : Xarine
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-22-7
Mukasurat :

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *

moga sempat sy miliki novel ini...

Friday, July 10, 2009

Assalamualaikum sahabatku... Nak mintak tolong sikit boleh tak?


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
usah diluka hati dan perasaan mereka


Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan


Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan


Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan


Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan


Tolong ye ingatkan aku...
Terima kasih wassalam..=)

Saturday, July 4, 2009

KESABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN





"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar ".

(Al-Baqarah : Ayat 153)








Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;



1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya


Tuesday, June 30, 2009

gudluck deh~~









Slamat menjawab las paper dengan jayanya dengan izinNya..
[10:52:24 PM] kHaLida~: apa pon doakan ak jap g
[10:52:29 PM] kHaLida~: last paper

hueh~..leklok ya ida!..all da best!


jun 2009..



salam alaik..
jun 2009 menyaksikan kebizian diri ini dalam menempuh liku-liku hidup...thanks Allah, smua bjalan lancar dengan izinNya..






4-6jun 2009
bermula dengan pulang ke kedah bsama teman2 kolej a.k.a budak2 tangga 7+asma a.k.a sema dengan tujuan asal makan kenduri sepupu tercinta, kak widad a.k.a cik widad dan tujuan sampingan melancong ke utara(hehe..diorang la)..
gembira rasa bila kepulangan kali ini(hehe, dah dua bulan lebeh x balik) disambut dengan makanan2 yang sedap ditambah lagi dengan keberadaan smua adik beradik di rumah..

keriangan jelas terpancar..










































10jun-kannada night
kelas yg
happening diberi tugas n tanggungjawab meng'organise' kannada(sejenis bahasa kat india) night nih..
setelah pembahagian tugas dibuat, makanya anak dara ki2 seramai 6 org dibantu yvonne berhempas pulas membuat backdrop DU..bermula 7jun-10jun skali lagi khudrat dikerah utk menyempurnakan tugas diberi..maka siang malam kami bersama, mencipta kapal terbang(
idea nadten), ranggoli(idea nadten n naza)..n tak lupa juga pada ukhwah yg dibina sepanjang 4hari 3malam itu..moga ia berkekalan selamanya..sori mazni, penuhkan rumah awak dgn kapal terbang n tq temankan rumet sy yg ketakutan..

hasilnya kerjasama anak dara ki2...KITA BERJAYA!!..









































11jun2009- balik semula ke kg halaman terchenta..dengan niat menabur bakti kepada sekolah..
Alhamdulillah program 'Gegar Sbpikp' yang dirancang sejak bulan 2 dapat direalisasikan akhirnya..14-15Jun menyaksikan pemuda pemudi harapan bangsa dan agama, bagai sirih pulang ke gagang, kembali semula, mengulit kenangan indah, mencipta memori baru, bersama teman2..walaupun hanya memunculkan diri pada hari pertama, namun kepuasan itu dirasa..

cayalah, program anjuran First batch of integrated(FBI) nih akan jadi program tahunan..
(buat tme saya balik eh kwn2)










































15-17jun-FINAL EXAM..
huehue, sekadar menghadirkan diri untuk menjawab soalan yg muncul di depan mata..sedarlah diri, tiada kejayaan tanpa usaha,.akan dijadikan pengalaman ngeri ini sebagai pedoman di masa hadapan..maaf ya cg2 n jpa n parents n diri seniri(sapa suh x stadi btul2)..




























18jun- rezki Allah dimana-mana..
peluang ke melaka??..terfikir sejenak~..apa yg ada di sebalik peluang nih..kak ain, seorang akak yang baru dikenali meng'offer' utk bawak jalan2 kat melaka..ada kesah yang menyebabkan ajakan ini tak mampu ditolak..(mmg dah bsemangat nak gi melaka dari awai, heh)
skali lagi ukhwah tercipta di sini..sesungguhnya muslim itu bersaudara, mengenali teman baru, memberi ketenangan pada diri..sedikit krisis dalam diri membuat diri melarikan diri dari teman lama(maafin ya!)

Di akhirnya, pulang petang bsama kenangan indah dan ketenangan ke ktt tercinta..nnti kita gi jalan sama2 lagi eh..










































23jun- graduation 4 da 2nd tme, yang menariknya kali nih
> ianya ditaja sepenuhnya..sedeh gak, diri x sama cam taun lepas..

choral speaking nih cam summary of all chapter in KI(kursus intensif india)
namun, byk lagi yg dapat kat ki nih, cthnya, rasa bahagia tme kat surau waktu awai2 KI dulu, tme smua tak bizi gi..huhe bizi la sgt..



nak tengok??!!



















http://www.mediafire.com/?zmnnyymynnn...bleh la donlod yea!




...sedikit gambo terpilih menghiasi post nih...
...uih ada lagi yg dibuat jun 2009, a trip to langkawi, pre-departure briefing ngan jpa, jalinan kasih 2 kat surau, panjat bukit, jamuan tangga 7, jamuan clas di ujung malam las...






































































berakhirlah perkongsian kembara hidup ini, moga hikmah kembara dapat ditemui oleh diri ini..

...insyaAllah post ttg trip ke langkawi akan menyusul slpas ini..:)

Tuesday, June 16, 2009

exam lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pendahuluan dengan nama Allah, terpaksa akur mengakui betapa lalainya aku dalam menjalankan kewajipan terhadapNya.



23 hari dan beberapa jam, exam final(bertulis) bakal bermula. Resah. Gelisah. Fikiran tak menentu. Tak tahu mana satu nak mula, yang itukah, yang inikah, atau semuanya sekali serentak. Huih.

Semua orang pun pasti rasa begini. Tak tenteram. Aku pun. Bila musim exam bermula, macam-macam gaya yang kita boleh perhatikan. Yang tidak keluar-keluar bilik, yang berjaga entah bila dia tidur, yang ke Ragab Sons utk beli stok makanan sepanjang musim, yang setiap malam bangun bertahajud memohon pertolongan daripada Dia. Macam-macam ragam. Macam-macam ada.

Aku, aku tak suka peperiksaan. Tapi aku tau peperiksaan sangat penting. Allah pun suka peperiksaan, jadi kenapa kita tak suka?

“Dan sungguh, Kami BENAR-BENAR akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang BENAR-BENAR berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu.”(Muhammad 47:31)


Itulah ujian. Allah memberi ujian kepada hambaNya utk menguji siapakah yang BENAR-BENAR
beriman. Guru memberi kita peperiksaan untuk menguji siapakah yang BENAR-BENAR belajar. Betul kan?
Kepada semua sahabat, dan pastinya diriku sendiri, persiapkan diri. Untuk ujian dunia, dan akhirat. Pilih antara dua :

1. Study, study, study. Solat yang wajib je cukup, tak de masa nak buat benda lain, jangan kacau!
2. Study, istiqamah+smart, bangun tahajud, buat solat hajat tiap malam sbb kejayaan dari Allah, kalau kawan mintak tolong, tolong je. Semoga Allah melihat semua usaha. Amiin.

Nak yang mana? Kita yang buat pilihan. Pertama sekali, reset niat. Betulkan niat. Makin dekat dengan exam makin lari niat kita dari niat kerana Allah. Jadi niat belajar sbb exam, maka sia-sialah segala usaha kita, tanpa satu pahala pun tertulis di bahu kanan. Atau mungkin menjadi dosa pula disebabkan lalai menjalankan amanah dari Allah sebagai hamba dan khalifah. Dengan alasan, BZ!

Aku lihat ramai yang tergolong dalam kumpulan 1. Ada juga yang termasuk dalam kumpulan 2. Dan kedua-duanya najah. Tapi siapa yang najah sebenarnya? Adakah sebab si A study dgn sangat kuat maka dia najah? Atau adakah si B lebih banyak solat sunat dan hajat maka dia tak najah? Najah juga kan? Jadi?

Kau, aku, atau siapa pun pasti mahu najah dalam exam. Tapi satu perkara penting yang perlu kita tahu, keputusan peperiksaan semua telah tertulis di Luh Mahfuz. THE PENS ARE WITHDRAWN, THE PAGES ARE DRY, IT’S WRITTEN. Oh, jadi tak payahlah stadi. Hee.

Musim exam ini sebenarnya adalah musim mengutip buah-buah yang sangat ranum dan mudah dicapai, dan hasilnya akan didapati selepas tamat menuai. Pahala mudah sedang ditawarkan kepada kita dengan sebanya-banyaknya, atas kita untuk kutip atau tak. Mahu bukti? The exam is just around the corner. Keputusan exam itu pun telas tertulis sejak azali lagi. Tapi Allah mahu aku bersungguh-sungguh juga. Kenapa?

Inilah maksud Allah ingin bagi pahala mudah untuk kita hambanya. Kita bukan dapat pahala sebab kita najah dalam imtihan. Tak. Bukan macam tu. Kita berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh ni, itulah pahala kita. Doa kita, solat kita, qiam kita, kata-kata baik kita, ukhuwah kita, menjaga amanah kita, itu juga pahala kita. Semuanya disertai dengan pahala, kita semua mesti usaha untuk exam kan? Berapa banyak pahala yang tak terhitung yang Kholiq kita tawarkan, hanya kena tambah satu syarat. LILLAHI TAALA. Tu saja. Senang kan?


Bila tertekan, baca al-Quran, baca maksud, tadabbur ayat. Bila bosan-bosan, tasbih, tahmid, takbir, tahlil. Subhanallah, banyaknya pahala yang kita boleh kutip. Jadi lepas ni kalau bosan-bosan study, tambah pahala, jangan rosakkan amalan kita dengan buat perkara yang tidak menambahkan iman langsung.

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari yang tidak berguna.” (al-mukminun 23:1-3)


TAWAKAL. Ini bahagian yang paling aku suka. Musim exam ini, dengan segala ketakutan, kekalutan, emosi yang tidak tentu arah, maka pergantungan yang terbaik hanyalah padaNya.
Ini adalah buah penting yang SUPER penting untuk kita kutip. Jangan lupakan buah ini, sebab nanti kita sendiri yang bakal menyesal. Kita sangat-sangat perlukan pertolongannya, SANGAT-SANGAT. So mintalah dengan sepenuh hati, dengan beria-ia, dengan yakin bahawa Dia akan beri apa saja yang kita mohon. Angkat kedua tanganmu setinggi mungkin. Ini janji Allah. Siapa yang meminta Allah akan perkenankan. Dan janji Allah itu pasti berlaku. No doubt. Mintalah.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kejayaan, dengan sebab keyakinan kita yang tertinggi padanya. Ayuh angkat tangan kita setinggi-tingginya, mohon kekuatan dan keberkatan dariNya.
Semoga ujian ini menjadikan kita lebih kuat untuk menempuh medan ujian sebenar, demi Islam dan dakwah kita. Moga dipelihara dari fitnah dunia. Amin.

Ayuh nyalakan obor ummah ini!