Daisypath Wedding Ticker

Friday, March 27, 2009

Mengurus masa = mengurus NYAWA

salam alaik..
mencuri tajuk dari majalah SOLUSI edisi ke-5 yg belum dihabiskan bacaan sebelum kaki melangkah semula ke bumi KTT yg tercinta ini. dan bakal mencuri post incik syakuribrahim untuk ditampal di sini.

Seminggu sudah berada di sini, kepantasan masa yg dirasakan usah dipertikai lagi.
disaat bergembira, suka duka dengan sahabat-sahabat, kenangan-kenangan dulu masih tak dapat dilupakan lagi. Rencana Allah amat sempurna, tak berada di sini bermakna ada yg lebih baik untuk mereka. Walau ketiadaan itu dirasai.
Alhamdulillah mendapat peluang kedua untuk bertemu semula, menyulam kasih menyemai sayang untuk hasilnya ukhwah indah dapat kita tuai di akhirnya.

Dan sememangnya ukhwah itu indah jika ianya kerana Allah.

mengurus masa = mengurus nyawa
..

masa ibarat usia. setiap detik masa yg berlalu, maka berlalulah usia.
Seminggu yg pantas berlalu ini, mengingatkan diri kepada satu hari yg akan tiba...

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Bersediakah diri ini?!..

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Dan kesempatan yg ada ini..
sama-sama kita menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari..

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman..

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



2 comments:

mazni mahirah said...

assalamualaikum....

indahnya ukhwah jika didasarkan kerana Allah..
dan hanya kerana Allah lah kita hidup
hilang di mata x semestinya hilang di hati kan?..
hee mcm jauh plak kita ni, nk gne2 skype,ym.. hehe, mengurus masa: as abid,khalifah,shbt,anak,etc.. urus masa antara tamil hindi & kannada, tmasuk jga ye..:)

solusi??.. bwa x? hee..'smbil menyelam minum ayak'

huda laa said...

waalaikumussalam w.b.t.
solusi x bawak la..org umah tak baca lagi,,(air=ayaq la)

gunalah smua kemudahan yg ada..

tambah lagi skit, urus masa sebagai abang,kakak n adik..