Daisypath Wedding Ticker

Friday, December 3, 2010

Assalamualaikum Teman-Teman =)

Assalamualaikum Teman-Teman =)

Penawar Kepenatan , Amalkanlah di ajar oleh Rasullullah S.A.W


Penawar Kepenatan, amalkan...


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama

ada di hostel mahupun di tempat belajar, bolehlah jadikan petua yang

diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina

Fatimah sebagai penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :


"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah

dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk

mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak

kesayangannya itu. Lalu
Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada

apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk

tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (
Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk

kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan

menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka

berdua.


Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.

ini.


Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia

diajarkan kepadaku."


Sayugia dicadangkan kepada sahabat-sahabat,
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya

mengamalkan membaca '
Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan '
Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan
mata.


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-

Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan

hidup seharian kita. Akan terserlah
ceria di wajah pada keesokan hari
dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni

bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,

maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



2 comments:

Nurina Izzati said...

syukran jiddan!
insya allah akan cuba!
=)

huda laa said...

Jom sama2...
:-D