Daisypath Wedding Ticker

Tuesday, August 11, 2009

saya sudah di hindia!

Assalamualaikum w.b.t

Sy sudah di hindia!

Syukur pada Allah, perjalanan ke sini berjalan dengan lancarnya.

Hingga kini, hampir 2 minggu berada di tanah India. Seronok berada disini!. Tapi, sy rindukan Malaysia(sbenarnya rndu dok kat umah)!.

Banyak yg perlu diurus, di awal perjalanan sebagai pelajar disini. RP(residential permit) perlu dipohon sebelum 15 hari dok kat sini. Kalau tak, akan ditangkap polis cowboy kalau dikesan xda RP. Rp nih bfungsi sbgai ic kat mlysia.

Sampai India, disambut oleh ‘senior2’ mlysia di Sri Devaraj Urs University yg seramai hanya 3 org(wani,yaya n fadzil). Berdasarkan pengalaman mereka, kami disyorkan meng’encash’ traveler cheque di Bangalore kerana urusan encash duit di bank kat kolar(tempat letaknya kolej nih) akan ambil masa yg lama. Makanya, di hari pertama lagi disini, kami sudah bershoping di big bazaar, Bangalore membeli barang keperluan hostel(yg penting baldi!).

Setakat nih, class masih lagi disebut introduction class. Tapi, introduction class yg dicanang-canang ini rasanya macam dah betul2 class la pulak!. Di awal ini, rasanya susah sedikit untuk paham accent lecturer sini. Perlu fokus betul2, baru paham apa dia cakap(ini masalah biasa rasanya bagi student). Moga lama2 nanti dah lali ngan accent mereka!

Makanan sini??..Setakat nih, makanan kat mess(dewan makan), ada yg boleh ditelan, ada yang tak. Awal2 nih, mmg makan nasi ngan serunding ja kat bilik!.bekalan serunding hampir habis!, gimana nih!

Bsama trah n fatin, sy menetap di NRI hostel(non-resident india). Alhamdulillah kemudahan di bilik untuk keperluan belajar dan tempat tinggal lengkap(siap ada water heater berteknologi solar lagi, hehe). Kami suka disini. Bilik adalah tempat paling menenangkan banding dgn dok kat luar!. Dan insyaAllah akan terus menetap di bilik nih slama 5 tahun setengah disini.

Walau ada water heater, tapi bleh guna pukul 6.30pagi-10.00pagi ja. Sebabnya kat kolej nih mmg ada air waktu tuh ja(rasanya macam diorang tutup kot, utk keperluan lain, utk dguna kat spital u nih ka, adeh~!). Makanya, tiap2 pagi la baru proses pembasuhan pinggan mangkuk bermula, basuh baju, simpan air dalam baldi banyak2 utk keperluan sehari suntuk!(heh, pembahagian tugas dilakukan. Jadual tugas pun dah wat deh!). Nasib la di kolar nih agak sejuk, xla rasa rimas sangat sebelum bjaya menyesuaikan diri dgn keadaan nih.

Kelas setiap hari ialah pukul 9-4ptg(rasanya sama saja bg pelajar mbbs di mana2).rehat tengahari pukui 1-2(sejam). Pagi kelas teori 2 jam, praktikal 2jam, n ptg 2-4 dissection(mari meneroka!). subjek yg perlu diambil di tahun pertama ialah biochemistry, anatomy, physiology n 3subjek tambahan iaitu community medicine n bahasa kannada lagi(nanage artavagilla=sy tak paham!!-perkataan yg selalu disebut kat makcik2 yg jaga kami kat sini).

Sy suka berada disini, tapi dalam proses penyesuaian lagi. Waktu solat yang sedikit berbeza dari Malaysia(subuh lbih kurang pukul 4.50 hingga 6 pagi, zohor 12.40tgahri, asar 3.30, maghrib 6.40, isyak 8.00).

Moga apa yg sy impikan disini tercapai. Mohon doa semua..

Rasanya setakat ini dulu untuk kali nih. Sekarang sudah 6.30pagi disini(dah cerah pun), perlu bergegas utk melakukan tugasan yg di tetapkan. Dan sebentar lagi pukul 8.00 kami pelajar mlysia seramai 11 org mau ke Bangalore membeli buku!(1jam setengah dari sini, tapi bleh jadi 3 jam perjalanan, sebab trafik di india sangat teruk!)

…H1N1 di mlysia..jaga diri ya smua!

Mak, ayah, abang, amen, awa, adik, mak sedara, pak sedara, sepupu2, cg2, kawan2! Slalu teringat semua!..salam rndu dari hindia!.moga smua sihat di sana!, doakan smua ok di sini!


....post ni spatutnya ari sabtu 08/08/09 lagi dikeluarkan, tp ini broadband disekat sbb kitorang tak bg alamat!..heh

5 comments:

Unknown said...

wei.. ko kat saner jgn asyik makan pepederm nagn capati sudeh!!!

huda laa said...

hehe, nasik manyak la datul~..huhe, maafin tak hanto kabo lagi..hehe

liyana said...

ala...kak huda dh smpi india x habaq kt km pun no..haha

gud luk d sna no..jgn nakai2..p ngorat shah ruk khan..haha

jmpk sepupu km krim salam..siti fatimah azzahara

beruang diabetes said...

kolimamsa illa~
hahahah~~

dila_zarifah said...

huda~
buku chaurasia sy ilang..
huuuu~ cdeh...

hehe~ saja je nk gtau..