Daisypath Wedding Ticker

Sunday, November 14, 2010

Yang Tak Dapat Ditukar Ganti

Di luar waktu sembahyang, kelihatan ada orang masuk ke dalam masjid. Lalu seorang lelaki melihat anak berumur sepuluh tahun sedang mengerjakan solat dengan khusyuk. Lelaki itu menunggu sehingga anak itu selesai dari solatnya.

Dia menghampiri anak itu dan bertanya,“Nak siapakah anda?”

Anak kecil itu mengeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan airmata di pipinya.

Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata, “ Saya anak yatim piatu, tuan.”

Hati lelaki itu tersentuh mendengarnya dan berkata,” Apakah anda mahu menjadi anakku?”

Anak kecil itu menjawab, “ Apakah jika aku lapar, anda mahu memberiku makan?”

Lelaki itu terdiam sebentar, kemudian menjawab, “ Ya”

Anak itu bertanya lagi, “Apakah jika aku tidak memiliki pakaian,anda akan memberi aku pakaian?”

Lelaki itu mengangguk sambil mengatakan, “Ya”.

Anak itu bertanya lagi, “Apakah anda akan menyembuhkan aku jika aku sakit?”

Lelaki tua menjawab , “ Itu aku tidak sanggup,nak.”

Anak kecil bertanya lagi, “Apakah anda sanggup menghidupkanku bila aku mati.”

Lelaki tua berkata,” Ini pun aku tak sanggup.”

Anak kecil menjawab, “ Kalau begitu biarkan aku, pakcik, bergantung kepada Zat yang menciptakanku. Dialah yang memberikan aku petunjuk, yang mmeberi makan dan minum. Jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan. Yang mengampuni segala kesalahanku di hari berhisab kelak,”kata anak kecil itu.

Setelah mendengar kata-kata anak kecil itu, sesuatu yang tidak terjangkanya berkata sedemikian, lelaki tua itu pun terdiam dan tidak tahu berkata apa. Dari bibirnya terdengar suara lirih, “ Aku beriman kepada Allah. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, maka Dia akan memberi kecukupan padanya.”

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (2)

At-Talaq,65:2


Dipetik dari Be Happiest Women, DR Aidh Al-Qarni

http://www.ataphijau.com/2010/11/07/yang-tak-dapat-ditukar-ganti/#more-4016

No comments: