Daisypath Wedding Ticker

Tuesday, February 17, 2009

teka-teki Imam Ghazali...

SALAM ALAIK..saban hari di kelapangan masa yang ada ni, antara rutin harian aku, salah satunya melompat dari blog ke blog, mengembara di alam maya..sememangnya rutin ini tak dapat menyihatkan badan dari segi fizikalnya, tapi akan aku gunakan nikmat online nih untuk menyihatkan mental dan rohaniku..moga aku tidak mensia-siakan waktu yg diibaratkan seperti pedang yg sememangnya tajam, bisa menikam diri sendiri jika diabaikan..

Sememangnya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar aku gemar melakar jadual dalam menghadapi hidup sehari-harian..kerna bak kata Imam Nawawi
"Seorang penuntut ilmu harus memiliki jiwa rakus untuk belajar ilmu, sentiasa menekuninya di setiap waktu, baik malam mahupun siang, ketika bermukim mahupun berpergian. Ia tidak boleh menyiakan sedikit pun waktunya untuk selain ilmu, kecuali kerana terpaksa. Seperti untuk makan dan tidur yang tidak mungkin ia elakkan. Termasuk pula istirehat sejenak untuk menghilangkan kejenuhan dan kebosanan, serta keperluan-keperluan penting lainnya."...
Kegemaran melakar jadual itu juga membuat aku dgn semangatnya(di depan adik2ku) melakar satu jadual untuk diri ini menjalani masa cuti di rumah dengan teratur dan penuh dengan aktiviti yg membangun diri..:)
Malangnya, heh kita hanya merancang..ternyata diri ini tidak kuat dalam menghadapi masa cuti yg begitu indah ini,,aku hanya membiarkan jadual itu tertampal di situ, dan diri ini kubiarkan hanyut mengikut arus sehari-hari..Tapi apa salahnya jika aku ikut ja jadual tuh kan..(heh, tgh tanam azam baru nih..jom ikut jadual!!)

Sememangnya hari2 lalu, diri ini tak lari dari mengimbau masa lalu..mengenang kesilapan diri, mengenang kenangan lalu, kenangan kecik2, kenangan di smkak(takda gambar la pulak), 'kenangan terindah'(SBPIKP),kenangan a-level(KTT)..kalau bleh smua crita dulu2 nak dikenang..habis diselongkar khazanah lama yg tersimpan.heh manusia mmg camni kot!
Teringat satu novel dulu2 karya othman puteh bertajuk 'emosi' yang aku beli dengan harga rm2 sebuah kedai buku kat kangar, perlis..sengaja aku beli buku itu untuk meneliti latar belakang remaja zaman itu(80-an kalau x salah),.'emosi' ternyata memenuhi kehendakku untuk mengetahui asam garam kehidupan remaja kala itu,,terbukti apa yg aku lalui sekarang berulang-ulang dari dahulu kala..bezanya remaja di masa lalu menggunakan surat sebagai alat komunikasi selepas berpisah, tapi kini emel, ym, dan sms menjadi perantara..(moga ikatan persahabatan yang dibina, berterusan keranaNYA..)

Mengenangkan masa lalu yang ditinggalkan itu, membawa aku menemui teka-teki Imam Ghazali ini, yang boleh dijadikan satu bahan motivasi diri untuk meneruskan hidup berlandaskan syariat Islam..

Teka Teki Imam Al-Ghazali...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun
kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa
kita ke neraka. (Na'udzu billaahi min zaalikh).

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia ini ?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia
masuk ke neraka karena gagal memegang amanah".

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 "Kapas"
Murid 2 "Angin"
Murid 3 "Debu"
Murid 4 "Daun-daun"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT.
Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan sengaja meninggalkan sholat.

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?"
Murid2 dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

moga2, hati kita ini sentiasa mengingati mati kerna ia sememangnya dekat..dan hati yang ingat mati itu akan sentiasa hidup( insyaAllah)..

No comments: