Daisypath Wedding Ticker

Monday, February 16, 2009

melentur buluh biarlah dari rebungnya...


salam alaik..
heh..kebelakangan nih dede,dj n sema(ops! asma) mempopularkan binatang kesayangan masing yg lebih dikenali sebagai kucing dengan jayanya di blog masing2..sebetulnya, sepanjang mengenali mereka dari mula2 menjalani program a level di ktt, tak pernah sekali pun perihal kucing2 ini disebut..mungkin terlalu singkat masa yg ada untuk memperihalkan semua perkara..sedarlah diri ni belum mengenali sepenuhnya sahabat sekeliling yg banyak membantu, dan menemani diri ini sepanjang kembara hidup..

melentur buluh biarlah dari rebungnya...
apa yg ingin diutarakan di sini ialah kelebihan mengasuh anak2 kecil supaya membesar sebagai seorang pemuda pemudi yang bersikap positif.(wah3, persediaan awal nih)..Usai usia diri menginjak 20-an ini, tidak salah rasanya jika kita mula bersedia ke arah itu..hehe(aiseh apa aku tuleh ni~)

tertarik membaca artikel dari majalah solusi edisi ke-4(promote skit majalah nih>>bes majalah ni, amat sesuai dijadikan bahan bacaan untuk jiwa yang masih mencari..sarat dengan motivasi n ilmu fardhu ain) ini untuk dikongsi dengan rakan2..

Faedah Melatih Anak Membela Haiwan dan Menanam Pokok
  • Melatih anak-anak menjadi insan bertanggungjawab.
  • melatih anak-anak menyayangi makhluk Allah yang lain.
  • mewujudkan suasana harmoni dan berkerjasama.
  • mengajar anak-anak bahawa buat baik akan dibalas baik
  • mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah
  • mendidik anak-anak rasa bersyukur dan memanfaatkan apa yang dikurnia Allah(haiwan dan tumbuhan) untuk manfaat dan kebaikan manusia.
Alhamdulillah...
walaupun kita bukanlah masih rebung, hampir menjadi buluh sepenuhnya(aha!), moga2 faedah ini dapat kita raih dan menjadi pemudi yg berakhlak mulia InsyaAllah,,
hehe..heh, walaupun tidak memelihara binatang kesayangan seperti korang smua..tapi binatang ternakan pun dikira ok gak la kan,,




dan ternyata suasana harmoni itu timbul jua dengan melakukan aktiviti menanam pokok a.k.a berkebun,,buktinya, adik telah menghulurkan bantuan menggembur tanah untuk ditanam pokok sayur(hehe jimat tenaga aku..tima kaceh adik!)..dan juga awa(adik pompuan ku yg sorang) telah membantu menangkap gambar aku yg tgh blakon berkebun(setelah dipaksa berbuat demikian..haha), tak lupa juga ayat2 abang semasa beliau balik bercuti ritu,"sehat2 kacang bendi aku",aiseh ayat prasan la pulak..i'm da owner la!(hehe)..begitu juga amen yg selalu mengkritik dari jauh(dah mmg tamau tolong la tu,,aiseh~)..


ternyata juga berbudi kepada tanah ni, membuahkan hasil yg menggembirakan..syukur alhamdulillah..






3 comments:

Azreen Rahman said...

tahniah! hasil bendi anda menarik!

huda laa said...

tq dede!

Unknown said...

waahh huda...
sedap nih...
boleh la makan kalau kite dtg umah yer...
hehe...