Daisypath Wedding Ticker

Thursday, February 5, 2009

jangan bersedih...

hidup tak selalunya indah,,ibarat roda yang berpusing-pusing..sekejap di atas, sekejap di bawah..sepertinya semua sudah ditakdirkan oleh satu KUASA..

meneroka buku ini memberi seribu erti..:)
andai dapat ku hadiahkan kepada semua teman yang sedang bsedih hati...legalah hati ini,,tapi..apakan dayaku insan yang lemah ini..sekadar berkongsi sedikit intipati,,


Masa itu mempunyai dua keadaan yang silih berganti, iaitu masa sukar penuh cubaan dan sisi lainnya adalah masa senang penuh kemakmuran..

Adakalanya jiwa ini mengeluh
kerana musibah yang menimpanya
padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan..

Semua kejadian itu
sekalipun menimpakan penderitaannya padamu
ia pulalah yang akan merasakan kepadamu kenikmatannya..

Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini
bila telah sempurna kegelapannya
pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya..

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada satu kesedihan pun
dapat mengembalikan kepadamu
sesuatu yang telah hilang..
..

Saudari2ku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah. Ketahui lah, bahawa sesungguhnya engkau akan diganjari pahala.

3 comments:

Unknown said...

hehe....
salam huda...
la tahzan...innallahamaana...
dan sesungguhnya kesedihan itu mematikan hati...
tq 4 da post...

mazni mahirah said...

assalamualaikum huda sayang... hehe, mcm ade tone maher bg je, la tahzan, innallah hamaana.. nway,sesungguhnya setelah kesulitan itu pasti ade kemudahan, setelah tangis pasti ade tawa, moga Allah lindungi kita drpd tawa di dunia tapi hiba di akhirat, biarlah lebih air matanya di dunia agar mampu tersnyum di sana.., kiranya itu yang terbaik untuk kita...

miz ya.. ngee2

huda laa said...

waalaikumussalam..

to afiqah : la tahzan..heh slamat kembali ke mlysia, tanah tumpah darahmu(tme dilahirkan)..:)

to mazni: huh..mmg tringat kat la tahzan kat surau ngan maher n awak pun tme tuleh ni..tapi x tertulis kat sini,,heh mmg susah nak wat luahan hati yang btul2 kat sini,,byk sgt nak diluahkan, tapi agak sukar dikatakan,,wah3..